Friday, 16 March 2012
SIFAT SAHABAT
SIFAT SAHABAT..
~✿..Jika engkau berbuat bakti padanya, ia akan melindungi mu.
~✿..Jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas baik persahabatan mu.
~✿..Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantu mu.
~✿..Jika engkau menghulur kebajikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai dan menyebut kebaikan mu.
~✿..Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
~✿..Jika engaku meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakanya.
~✿..Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
~✿..Jika engkau berdiam diri(kerana malu meminta) ia akan menanyakan kesusahan mu.
~✿..Jika datang bencana menimpa mu, ia akan meringankan kesusahan mu(membuat sesuatu untukj menghilangkan kesusahan itu).
~✿..Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu.
~✿..Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu.
~✿..Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.Walaupun begitu, kita sebagai sahabat kepada sahabat kita yang lain, haruslah memulakan untuk memiliki sifat-sifat tersebut. Semoga kita tergolong didalam hambaNYa yang bertaqwa.Wassalam….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cmnie upeny shbt..shbt2 ak cmnie x ya.. =)
ReplyDelete