Monday, 12 March 2012

MARI SAMA -SAMA KITA BERKONGSI

~✿..Saling mengingatkan..saling menasihati, 
walau cuma di RUANG MAYA ini..
Al Quran dan sunnah menjadi PAKSI..
hanyalah cuma mahu BERKONGSI
menyalurkan PERINGATAN pada yang peduli..
BUKAN NIATKU mahu berbangga diri, 
bukanlah bermaksud ilmuku lebih tinggi..


aku juga INSAN BIASA
bukan malaikat dunia..
aku juga punya IMPIAN dan CITA
aku hamba yang AMAT PERLU padaNya..
yang tidak pernah lepas dari KHILAF dan DOSA.. Kita ini sama saja "di mata" Dia.
yang membezakan adalah IMAN dan TAQWA
jika mahu ke SYURGA
biarlah bersama-sama..
jangan kerana kita tahu (berilmu) tapi TIDAK BANTU, mereka merana di NERAKA..
jangan kerana kita tahu tapi takut dibaling batu, DITARIK kita terjun sama ke sana..
marilah kita sama-sama MUHASABAH kembali, moga BERTEMU di Jannah nanti..✿~ >>> Jika ada INSAN yang TERGURIS dan SAKIT HATI dengan segala peringatan, teguran dan nasihat ini, MAAFKANLAH kerana sesungguhnya nasihat ini untukmu dan untukku jua..(✿◠‿◠)

No comments:

Post a Comment