Wednesday, 28 March 2012

SyaiTan KeTawa BiLA BeRciNtA SeBeLum NiKaH?

Syaitan ketawa apabila anda bercinta SEBELUM nikah. Tapi... ••► Syaitan menangis apabila anda bercinta SELEPAS nikah. Jadi... ••► Pilihlah cinta SELEPAS nikah. Kenapa? Kerana ia cinta yang suci. Diikat dengan ikatan sehidup semati. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wahai lelaki, jangan sekali² kamu menyentuh wanita yang bukan mahrammu kerana ia satu penghinaan kepadanya.Jadilah kamu LELAKI SOLEH, aman dunia.. ✿ ܓ Wahai wanita pula, jangan sekali² kamu biarkan dirimu itu dihina. Kamu kan ada kuasa menolak. Jadilah insan yang bermaruah & sebaik² perhiasan dunia..WANITA SOLEHAH, tenang rumahtangga (^‿^). »» NIKAH Itu Kan SUNNAH,Jadi Nikahlah Dan............. Jauhi Maksiat !! Nikmatnya Hanya Sesaat, Penyesalannya Sepanjang Hayat.

Tuesday, 27 March 2012

20 Langkah Kesempurnaan Iman: ✿ܓ♥

1. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar; 2. Jangan membiasakan diri meLakukan dosa-dosa kecil; 3. Banyak berkunjung ke rumah ALLAH (masjid); 4. Lakukan soLat dengan ikhLas dan khusyu' 5. Lakukan soLat fardhu di awaL waktu, berjamaah di masjid; 6. Biasakan soLat maLam; 7. Perbanyak dzikir dan do’a kepada ALLAH 8. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat; 9. Sayangi dan santuni fakir miskin; 10. Jangan ada rasa takut kecuaLi hanya kepada ALLAH Azza wa Jalla; 11. Jangan marah berLebih-lebihan; 12. CintaiLah seseorang dengan tidak berLebih-lebihan; 13. BersatuLah karena ALLAH dan berpisahLah karena ALLAH; 14. BerlatihLah konsentrasi pikiran; 15. Penuhi janji apabila teLah diikrarkan dan mintaLah maaf apabiLa kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi; 16. Jangan mempunyai musuh, kecuaLi dengan iblis/syaitan; 17. Jangan percaya ramaLan manusia; 18. Jangan terlampau takut miskin; 19. HormatiLah setiap orang; 20. Jangan terlampau takut kepada manusia.

CIRI SUAMI DAMBAAN ISTERI

Berikut ciri-ciri suami yang menjadi dambaan para istri. Memang sekilas kelihatan sempurna, namun anda para pria pasti bisa melakukannya tahap demi tahap,

1. Setia Mendengar..

Punya telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mau mendengar cerita atau keluhan sang isteri. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh sang isteri hanyalah perkataan dia di dengar dan difahami saja.

2. Menghargai 

Semua manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang suami yang selalu menghargai isteri baik dalam sikap maupun perkataan tentu akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah mahal atau besar, awali dengan perbuatan-perbuatan kecil atau seperti memberikan pujian jika sang istri memasak atau memberi ciuman selamat pagi.

3. Tidak Suka Menyalahkan

Seorang isteri juga manusia yang tak luput dari kesalahan, ketika sang isteri berbuat kesalahan, sang suami sebaiknya menegur dengan sikap yang cerdas, tidak dengan kasar atau menyalahkan hingga keluar emosi yang berlebihan. Daripada marah-marah kepada isteri sebaiknya menanyakan/meminta penjelasan dari sang isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak terulang lagi.( kadang2 perempuan nie blurr - xtau ape kesalahan yang dilakukan tanpa penerangan)

4. Bisa menerima pendapat isteri

Suami sebagai kepala keluarga, sebaiknya tidak bersikap otoriter tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama tidak sepihak dan sang isteri harus memahami apa-apa yang diputuskan oleh suami.

5. Sayang diri sendiri

Kalau suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga ingin agar sang suami juga menyayangi diri sendiri. Seperti menjaga kesihatan, pola makan, tidur yang cukup, dan tidak merokok.

6. Pulang dengan senyuman

Tekanan di tempat kerja tidak membuat sang suami membawa perasaan itu didalam rumah, kerja yang membuat stress atau meletihkan tetapi ketika sampai di rumah semuanya dihiasi dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi sedih atau salah bersikap.Jika ada masalah di tempat kerja, suami bisa berbagi cerita kepada isteri dan isteri pun bisa menjadi motivasi atau memberi sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah.

7. Romantis

Isteri mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih sayang , perhatian dan romatis. Memang agak susah mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami bisa melakukannya pada saat tertentu, misal ulangtahun pernikahan, atau hari ulang tahun isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk keluar berduaan .

8. Membantu urusan rumah tangga dan anak

Inilah suami idaman yang dinantikan oleh para isteri, iaitu suami yang mau membantu dan melakukan kerja rumah tangga. Disela-sela kesibukan mencari nafkah, suami masih ‘sempat’ meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak.

9. Senantiasa menambah ilmu rumah tangga

Biasanya sang isteri yang mencari informasi berkenaan dengan rumah tangga, tetapi alangkah baiknya kalau sang suami juga mencari informasi dan ilmu mengenai rumah tangga..

Semoga bermanfaat..

Sunday, 18 March 2012

MAK :((


Bila dahaga, yang susukan aku…..mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku…..mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari…….pasanganku
Bila sedih, aku cari……mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak

Bila sambut anniversary … Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

Saturday, 17 March 2012

‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

: 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). 5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. 9. Orang yang membelanjakan harta (infak). 10. Orang yang sedang makan sahur. 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Sumber : Ma'ar Rahman

Friday, 16 March 2012

SIFAT SAHABAT

 SIFAT SAHABAT.. ~✿..Jika engkau berbuat bakti padanya, ia akan melindungi mu. ~✿..Jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas baik persahabatan mu. ~✿..Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantu mu. ~✿..Jika engkau menghulur kebajikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai dan menyebut kebaikan mu. ~✿..Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya. ~✿..Jika engaku meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakanya. ~✿..Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik. ~✿..Jika engkau berdiam diri(kerana malu meminta) ia akan menanyakan kesusahan mu. ~✿..Jika datang bencana menimpa mu, ia akan meringankan kesusahan mu(membuat sesuatu untukj menghilangkan kesusahan itu). ~✿..Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu. ~✿..Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu. ~✿..Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.Walaupun begitu, kita sebagai sahabat kepada sahabat kita yang lain, haruslah memulakan untuk memiliki sifat-sifat tersebut. Semoga kita tergolong didalam hambaNYa yang bertaqwa.Wassalam….

Thursday, 15 March 2012

KISAH CINTA

 Kalau bercinta ♥, jangan berkepit macam belangkas ♥, hantar surat berbelas-belas ♥, SMS berbalas-balas ♥, masa dating sebelah tandas ♥, berpeluk-peluk dalam bas ♥, asyik menjeling dalam kelas ♥, minum air perghh kongsi segelas ♥ Bila ada konflik ♥♥ , haa mula la nak frust ♥, nak tunai solat pun malas ♥, tak dapat tumpu study dalam kelas ♥, waktu result nak keluar tahu pulak cemas ♥, takut ♥... ex......am tak pass ♥, tup tup awek sendiri kena kebas ♥, kesian.. melepas.. So ♥♥, jadilah couple yang ada class ♥, berdating ikut lunas ♥, bergaul ada batas ♥, jaga maruah dengan tegas ♥, syariah dijaga dengan jelas ♥, tutur kata sentiasa beralas ♥, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas ♥, janganlah bimbang ♥, cintamu pasti berbalas ♥ ... ♥ cinta bukan pada c0uple.. ♥ cinta bukan pada i ♥ Y0U.. ♥ cinta tidak terletak pada 'I MISS Y0U' . Itu semuanya cinta nafsu.. ♥ cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijabqabul dilafazkan... ketika itu lah tujuan cinta menjadi kerana Allah..♥ ♥ satukanlah cinta kerana Allah ♥ InsyaAllah akan berbahagia sampai ke akhir hayat ♥♥♥♥


ღ¸.•´¯)♥.. Aku BELUM tentu akan menikahi orang yang aku cintai tapi aku akan MENCINTAI orang yang aku NIKAHI.. semoga diriku bakal menjadi PEMBIMBING kepada seorang WANITA yang BAIK suatu ketika nanti.. insyaAllah.. ღ¸.•´¯)♥ p/s : jodohku masih JAUH..andainya dirimu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa KASIH dalam hatiku juga hatimu. Itu JANJI Allah..~
" Ya Rabb..¸kurniakan aku insan selayaknya yg akan sama2 melayari bahtera di dunia dan belayar mencari destinasi akhirat yg kekal..♥ berikan aku insan yg mencintaiMu, menuruti perintahMu serta meninggalkan laranganMu..♥ berikan aku insan yg sama2 suka dan berduka..♥ berikan aku penyeri dunia agar aku dapat menyerikan hidupnya hingga akhirat..♥ aku ingin CINTAMU untuk aku MENCINTAINYA..amiiinnn.







Monday, 12 March 2012

MARI SAMA -SAMA KITA BERKONGSI

~✿..Saling mengingatkan..saling menasihati, 
walau cuma di RUANG MAYA ini..
Al Quran dan sunnah menjadi PAKSI..
hanyalah cuma mahu BERKONGSI
menyalurkan PERINGATAN pada yang peduli..
BUKAN NIATKU mahu berbangga diri, 
bukanlah bermaksud ilmuku lebih tinggi..


aku juga INSAN BIASA
bukan malaikat dunia..
aku juga punya IMPIAN dan CITA
aku hamba yang AMAT PERLU padaNya..
yang tidak pernah lepas dari KHILAF dan DOSA.. Kita ini sama saja "di mata" Dia.
yang membezakan adalah IMAN dan TAQWA
jika mahu ke SYURGA
biarlah bersama-sama..
jangan kerana kita tahu (berilmu) tapi TIDAK BANTU, mereka merana di NERAKA..
jangan kerana kita tahu tapi takut dibaling batu, DITARIK kita terjun sama ke sana..
marilah kita sama-sama MUHASABAH kembali, moga BERTEMU di Jannah nanti..✿~ >>> Jika ada INSAN yang TERGURIS dan SAKIT HATI dengan segala peringatan, teguran dan nasihat ini, MAAFKANLAH kerana sesungguhnya nasihat ini untukmu dan untukku jua..(✿◠‿◠)

Wednesday, 7 March 2012

JANGAN BERSEDIH

 ஜ♥(¯`•Bismillahirrahmanirrahim ღ¸.•´¯)♥ஜ♥ Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. 01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan. 02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia. 03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas. 04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri. 05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa. 06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan. 07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira. 08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah. 09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya. Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi. (✿◠‿◠) ingtn bersme..:) ~ingtn tuk dri yng sring lupa~

Tuesday, 6 March 2012

:: SEBELUM TERLENA ::


Sebelum mata terlena Di buaian malam gelita Tafakurku di pembaringan Mengenangkan nasib diri Yang kerdil lemah yang bersalut dosa Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti Membawa dosa yang menggunung tinggi Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu Agar terlerai kesangsian hati ini Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini Sebelum mata terlena Dengarlah rintihan hati ini Tuhan beratnya dosa ku Tak daya ku pikul sendiri Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu Andainya esok bukan milik ku lagi Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi Sebelum berangkat ke daerah sana Lepaskan beban ini Yang mencengkam jiwa dan raga ku Selimut diri ku Dengan sutra kasih sayang Mu Agar lena nanti ku mimpikan Syurga yang indah abadi Pabila ku terjaga Dapat lagi ku rasai Betapa harumnya Wangian syurga firdausi oh Ilahi Di sepertiga malam Sujud ku menghambakan diri Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu.

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



TIPS PERKAHWINAN DARI Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah. 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka. 5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan. 8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% 9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. 12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. 13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan Album ini admin memuatkan kata-kata hikmah dari para cendekiawan dan kata-kata hikmah dari sahabat-sahabat lain. Moga dengan kata-kata ini dapat mendekatkan diri kita pada Allah,dan meningkatkan lagi sinergi ZIKIR dan FIKIR. Amat dialu-alukan untuk sebar dan jemput sahabat lain ke page ini. bukan sahaja kita mendapat manfaat mereka pun perlu juga mendapat manfaat ini. Erti hidup pada MEMBERI.